Eyelash Perming
EYELASH PERMING Dan kini tumpuan beralih pada teknik yang lebih mudah dijaga dan boleh skip satu langkah iaitu melentikkan bulu mata dengan Lash Perm! Jika anda teringin untuk mencuba ketahui perkara berikut terlebih dahulu: 1. Apakah Lash Perm? Pernahkah anda membuat rawatan rambut hair perming dahulu? Ia cukup popular pada zaman 80-an hingga ke awal 2000. Samalah seperti lash perming ini, yang mana bahan kimia digunakan untuk melentikkan bulu mata. 2. Ketahui keselamatan rawatan ini Apabila melibatkan penggunaan bahan kimia ini, keselamatan perlulah dititikberatkan. Apatah lagi bahan kimia yang digunakan itu adalah pada bahagian yang paling sensitif iaitu mata. Jadi sentiasa pergi ke tempatan rawatan yang sememangnya pakar dalam lash perming. Apabila anda betul-betul yakin barulah buat janji temu! 3. Bebas Alahan Selepas anda memastikan tempat rawatan yang profesional, langkah seterusnya pastikan bahan yang digunakan serasi dengan kul...